Kelas E-Learning(Typingclub.com) Advokasi Mobile E-waste, Tayangan Video, Kuiz Advokasi KDB

26 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 april 2019, di atas permintaan peserta PI Skio telah mengadakan kelas e-learning iaitu menaip menggunakan aplikasi Typingclub.com. Aplikasi ini membolehkan peserta belajar dan menaip dengan pantas. Turut diadakan ialah kelas advokasi Mobile E-waste iaitu peserta perlu tahu di mana mereka perlu membuang atau menghantar sisa elektronik seperti telefon pintar yang rosak dan lain-lain. PI Skio turut mengadakan sesi kuiz kepada peserta. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri seramai 9 orang peserta.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali